Sejak penubuhan blog Renjes Malaya ni, aku perhatikan hanya Renjes Merah saja yang selalu post entri baru. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Jadi malu plak aku. Haha. Renjes Putih, kau tak malu ke weh? Setakat ni kau dah ketinggalan 1-3 kat Renjes Merah. Ni mesti Fernando Torres punya badi lekat kat kau kan? (Ceh!, cakap orang aku pun same). (-_-")
Ok, kita lupakan pasal Renjes Putih dan Renjes Merah. Itu bukan tujuan aku post entri kali ni. Aku bergurau je tadi. Renjes-renjes jangan amik hati. Ahaks!
Semalam aku pergi popular one utama. Saja pergi sana, mana tau boleh beli seketul dua barang-barang nak pergi praktikal nanti. Berbekalkan voucher sebanyak tiga keping, duit syiling 150gram dan 20 keping duit kertas yang kesemuanya bernilai RM 1, aku gegar popular tu pukul 9.30 malam.
Sampai sana orang tak berapa ramai sangat, sedang-sedang elok la. Kalau nak pergi bayar, tak payah tunggu lame-lame. Awek yang jage kaunter pun comel-comel.Serius tak bohong!
Aku amik bakul, gaya makcik-makcik pergi shopping barang dapur kat emporium.
Lebih kurang 30 minit, aku terus ke kaunter dan letakkan bakul di atas meja kaunter.
"Ni je ke?". Tanya awek kaunter tu.
"Ni je". Jawab aku ringkas.
Oh ya, kat belakang aku ada awek. Awek-awek uitm kot. Tak pasti. Aku main teka je. Kenapa ye kalau jumpa awek-awek students kat area kl atau selangor pasti kita akan rasa tu awek-awek dari uitm? Popular sangat ke awek-awek uitm? Ok lupakan. Awek-awek tu dah senyum sinis dengan kawan-kawan dia. Cilake ape dia gelakkan aku?
Tetiba aku terdengar satu bisikan puaka dari awek-awek belakang aku.
"Beli pendrive je kot, bawak bakul bagai". Sambil disertai oleh gelak ketawa umpama pontianak baru keluar dari neraka. Lebih kurang macam tu la bisikan puaka tersebut.
Tanpa berfikir panjang, aku lakukan serangan balas. Aku cakap kat dia orang " Pendrive aku ni besar, 16gb tau". Pastu aku blah dari situ, biarkan dia orang tenrcengang.
Bangsat! Tu pun nak jadi isu ke?
No comments:
Post a Comment