Ok aku suka otromen. Korang suka tak??? huhuhu. Yang tak suka otromen, korang dikira peminat Sailor Moon hahah. Tapi kat sini aku nak sembang pasal otromen old skool tau. Otromen zaman Ultra Brothers. Zaman otromen-otromen macam Ultraman Hayata (1966), Ultra Seven (1967), Ultraman Jack (1971), Ultraman Ace (1972), Ultraman Taro (1973), Ultraman Leo (1974) dan Ultraman 80 (1980). Kebanyakan cerita otromen-otromen ni semua ditayangkan kat tv Malaysia sekitar hujung tahun 80'an sampai awal 90'an. So kepada korang-korang yang folo cerita otromen sejak zaman otromen tiga ke, otromen lapan ke, otromen seratus ke, otromen Dyna ke, otromen Gaia ke dan seangkatan dengan nya la, ok korang senyap dulu kekeh.
Ni dia along kepada otromen semua. "Panggil saja gua Ultraman", kata beliau. Otromen ni gak dikenali sebagai Ultraman Hayata sebab nama karekter manusia yang jadi otromen dalam drama ni Hayata.
Ni Ultra Seven. "Gua minat nombor 7 je, nombor lain lu orang boleh amek hehe".
Yang ni namanya Ultraman Jack. Dia jugak dikenali sebagai New Ultraman dalam siri drama The Return of Ultraman. buah-buahan peberet beliau ialah nangka (jack fruit). Sebab tu nama mamat ni Ultraman Ja.ck
Ok yang ni lak Ultraman Ace. Karekter manusia yang jadi otromen ni ada 2 orang iaitu Hakuto dan Minami yang akan bergabung.
Yang ni lak Ultraman Taro. Design dia ada sikit-sikit macam Ultra Seven kot.
Yang ni Ultraman Leo. Dia ni lahir bintang leo kot sebab tu nama dia Ultraman Leo.
Yang ni nama dia Ultraman 80. Sebab apa 80? Maybe sebab drama dia keluar tahun 1980 kot heheh.
Ok dari ke semua otromen-otromen ni, masa kecik-kecik dulu yang aku dapat tengok ialah Ultra Seven (versi inggeris kat tv Singapura sekitar tahun 1991), Ultraman Ace (sekitar tahun 1992), Ultraman Jack (sekitar tahun 1993) dan Ultraman Taro (sekitar tahun 1994 atau 1995). Selain tu jugak, sekitar tahun 1992, kat tv3 kot ada siarkan kartun Ultraman Joe@Jonias. Ni ha muka Ultraman Joe tu....
Mamat ni kalau nak bertukar jadi otromen kena pakai bintang warna hijau, letak kat dahi. So jadi la Ultraman Joe.
Dari semua otromen yang old skool ni, ada 6 dari dorang terdiri daripada Ultra Brothers. Kira dorang ni adik-beradik la. Otromen-otromen tersebuat ialah Ultraman Hayata, Ultra Seven, Ultraman Jack, Ultraman Taro, Ultraman Ace dan Ultraman Zoffy. Ultraman Zoffy ni ketua dorang. Tapi Zoffy ni takda karekter manusia yang akan bertukar jadi Zoffy. Tak macam otromen lain yang ada karekter manusia yang akan bertukar jadi otromen kan. Maybe sebab dia ni ketua kot. Dia kena jaga ibu pejabat otromen se angkasa, so dia tak dapat turun ke bumi untuk menjelma jadi manusia hehe. Tapi, Zoffy ni biasanya akan datang membantu otromen-otromen yang sedang dalam kesusahan kena belasah dengan raksasa huhu. Dia pernah turun ke bumi untuk tolong Ultraman Hayata, Ace dan Taro. Dia ni pun takda drama sendiri. Dia hanya akan muncul kalau dia turun bumi nak tolong otromen lain. Ni gambar Ultraman Zoffy..
Design takda beza sangat dengan lain-lain otromen, cuma dada dia ada bintik-bintik kot.
Ni dia gambar Ultra Brothers masa hari raya puasa tahun 1990 kot hehehe....
Kalau otromen ni semua adik-beradik, mesti ada mak bapak dorang kan. Haaa ni aku tunjuk lak mak bapak dorang....
Ni dia Father of Ultra. Gua ada tanduk kerbau, siapa berani gaduh dengan gua hahahaha.
Ni dia Mother of Ultra. Ayu gitu hehe. Mak dorang ni cakap, masa otromen kecik-kecik dulu, Ultraman Ace dan Taro paling malas mandi pagi heheheh....
Father dan Mother of Ultra ni pun macam Ultraman Zoffy jugak, dorang takda drama. Dorang akan muncul kat tv masa tolong otromen-otromen lain dalam kesusahan. Biasanya, Ultraman Ace selalu mintak bantuan abang-abang dorang. Maybe sebab Ace ni tak kuat sangat kot huhu. Ni dia gambar abang-abang otromen tengah tolong Ultraman Ace.
Abang-abang otromen datang nak tolong Ultraman Ace, tapi abang-abang lak yang kena ikat. Terpaksalah abang-abang otromen bagi adik Ace kuasa untuk menentang kuasa jahat.
Ok tu la dia sedikit sebanyak pasal otromen yang aku suka. Lepas zaman otromen old skool ni, aku dah tak folo lagi drama-drama otromen. Sebab time tu dah masuk sekolah menengah, kena duduk asrama. So aku pun tak dapat nak folo drama-drama otromen lagi........
No comments:
Post a Comment