Sunday, February 26, 2012

Mount Rushmore National Memorial Park...

Mount Rushmore National Memorial Park, apa kejadahnya benda ni? Makanan ke apa? Makanan ni lagi sedap tak dari sotong goreng bersalut tepung nyum-nyum? Ok la sebenarnya ni bukan nama makanan ke apa. Ni sebenarnya adalah nama untuk sebuah taman negara yang terletak kat Amerika. Apa yang best nya taman negara ni? Kalau tak best, baik aku tulis entri ni pasal Taman Negara Endau-Rompin, huhu. Ok taman negara ni unik. Ni aku tunjuk keunuikan dia.

Ha kawan-kawan, ni la dia keunikan Mount Rushmore National Memorial Park. Dekat lereng bukit ni, ada diukir muka 4 orang presiden Amerika yang femes. Muka-muka presiden tersebut ialah (dari kiri) George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln. Taman negara ni terletak di South Dakota, Amerika, di kawasan pergunungan Rushmore. Bukit yang terpampang muka-muka presiden ni lak namanya Black Hills. *Yang terbaru, aku terbaca kat New York Post minggu lepas yang Obama dalam proses nak ukir muka dia berserta famili-famili dia kat bawah muka 4 presiden ni. Muka Obama dengan famili-famili dia ada la dalam 100 lebih muka. Tapi last-last dia terpaksa cancel sebab orang Amerika bantah.

Sebelum Black Hills kat pergunungan Rushmore ni diukir muka 4 presiden Amerika yang femes ni, orang asli Amerika yang duduk kat area-area sini panggil pergunungan ni dengan nama Six Grandfathers Mountain atau Pergunungan 6 Atuk-Atuk. Lepas tu nama tu diubah kepada Pergunungan Rushmore setelah seorang lawyer yang bernama Charles E. Rushmore berjaya sampai ke sini dalam satu ekspidisi yang maha mencabar dalam tahun 1885. *Semasa ekspidisi lawyer tersebut ke sini, beliau hampir dibaham dek pak belang spesis rimau malaya, tapi pak belang rimau malaya tu yang dibaham oleh beliau kerana dek terlalu lapar. Ada orang cakap beliau ada tangkal kebal peninggalan moyang beliau.

Idea untuk mengukir muka presiden ni datang dari otak bergeliga seorang yang bernama Doane Robinson pada tahun 1923. Dengan kegeligaan idea beliau ni, beliau berjaya meyakinkan congressman-congressman Amerika untuk meluluskan projek ni dan menghulurkan dana. So projek pun jalan dan kerja-kerja mengukir bermula pada 1927. Orang yang bertanggungjawab yang jadi ketua projek ni ialah seorang pengukir femes Amerika iaitu saudara Gutzon Borglum bersama lebih 400 orang pekerja. Tapi sayang, beliau meninggal dunia sebelum projek ni sukses pada tahun 1941 dan projek ni diteruskan oleh anak beliau iaitu Lincoln Borglum sampai la siap 100% pada hujung tahun 1941. *Ada khabar angin mengatakan bahawa Gutzon Borglum meninggal dunia kerana terlalu sedih disebabkan Congress Amerika tidak meluluskan permohonan beliau untuk mengukir muka beliau dibawah muka-muka presiden Amerika tu. Lepas tu, Gutzon Borglum mohon lagi, kali ni bukan nak letak muka, tapi nak tulis sikit kat bawah muka tu buat catatan kenangan. Beliau nak tulis "From Gutzon With Love". Ditolak jugak. Akhirnya beliau meninggal dunia dan kematian beliau masih menjadi misteri.

Kini ukiran-ukiran muka presiden Amerika tu dah berusia hampir 70 tahun. Dan ukiran ni jugak la yang menjadi keunikan dan penarik kepada pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa untuk datang ke Mount Rushmore National Memorial Park. *Sekarang ni, aku dan kawan-kawan renjes hitam dan putih  tengah buat satu idea untuk modified muka-muka presiden tu bagi cantik. Pelan lakaran dah siap. Aku dah hantar pelan-pelan lakaran tu semua kepada pihak congressman-congressman Obama dan dorang sedang dalam proses untuk meluluskan pelan lakaran tersebut. Ni dia pelan-pelan lakaran yang aku hantar tu....




*Ni dia 4 pelan-pelan lakaran aku yang telah hantar ke pihak congressman-congressman Obama untuk tujuan modified kembali.

Setiap fakta-fakta diatas yang dimulai dengan tanda * adalah fakta fiksyen (rekaan) semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sementara itu fakta-fakta lain yang tidak mempunyai tanda * adalah benar dan sahih. Sekian harap maklum.
     

1 comment:

Renjes Hitam said...

projek dah diluluskan..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...