Thursday, February 16, 2012

Aku & Penyanyi peberet: Ian Curtis

Untuk entry ni, aku nak share sikit pasal penyanyi favorite aku iaitu Ian Curtis, penyanyi kugiran Joy Division dari Britain yang masyhur di era hujung 70'an. Ian lahir pada 15 Julai 1956 di Stretford, Manchester, England. Kugiran dia main muzik bergenre Post-punk, genre yang adik-beradik dengan genre muzik kugiran-kugiran yang aku minat jugak macam The Clash, Siouxsie & The Banshees, New Order, The Fall dan banyak lagi kugiran-kugiran yang seangkatan dengannya la. Kepada yang tak pernah tengok muka Ian, ha ni aku tunjuk....


Ha hensem jugak la si Ian ni kan. Antara sebab aku minat dia antaranya ialah dia ni pada aku biasa je suara dia, tapi dia tetap selambe badak nyanyi. Senang cerita pergi mampos la orang nak kata apa, janji aku Post-punk (agaknya macam ni kot yang Ian cakap dalam hati dia). Sebab lain yang aku minat dia ialah selalu kalau dia perform atas stage, dia akan menari sekali dengan style tarian dia. Peerrghhh memang rare la performance dia ni atas pentas. Tapi ada orang cakap, dia ni menari time perform sebab dia ada sakit epilepsy atau dalam BM nya sawan khinzir. So maybe dia takut terkena sawan babi time perform dia pun menari macam tu. Sebab lain lak aku minat kat dia ni ialah lirik lagu-lagu yang ditulis Ian. Lirik-lirik nya banyak cerita pasal masalah rumah tangga, depression atau kemurungan yang dia hadapi dan masalah beliau yang paling agung sekali iaitu epilepsy atau sawan khinzir. Selain tu, aku minat muzik Joy Division tu sendiri yang agak pelik dan dark. Senang cerita, muzik dorang ni tak terlalu trendy atau terlalu mengikut-ikut muzik kugiran-kugiran yang tengah famous time tu. Tapi kalau cerita bab muzik ni, bukan Ian sorang je yang menggubah muzik, ahli-ahli lain pun gubah muzik untuk Joy Division. So credit untuk ahli-ahli yang lain iaitu Peter Hook, Stephen Morris dan Bernard Sumner. Ni aku tunjuk Ian menari time perform...


Tengok tu, style kan. Penuh seni gitu huhu. Pasal bab peribadi Ian ni, dia ni kahwin umur muda. Dia kahwin dengan gf dia time sekolah menengah yang bernama Deborah Woodruff. Dorang kahwin pada 23 Ogos 1975, umur Ian 19 dan bini dia 18. Muda gila siot. Memang rare, jarang orang putih kahwin umur macam ni huhu. 3 tahun lepas tu pada 16 April 1979, dorang dapat anak yang bernama Natalie. Dalam movie "Control" (cerita pasal kehidupan Ian), ada tunjukkan semua ni. Dalam movie ni jugak Ian ada cakap yang  perkahwinan dia ni satu kesilapan (my marriage was a mistake), tak tau kenapa. Maybe sebab dia kahwin muda yang buat dia mengalami depression, atau penyakit sawan khinzir dia ataupun sebab dia ada skandal time dah kahwin (dalam movie tu ada tunjuk skandal dia-cun tu huhu). Tu semua cuma Ian dan orang yang dekat dengan dia je tau.

Ian ni cuma jadi penyanyi kugiran Joy Division cuma untuk 4 tahun je. Sebab lepas 4 tahun tu dia menghembuskan nafas yang terakhir sebab gantung diri kat rumah dia. Dorang form Joy Division tahun 1976. Masa datang idea nak form kugiran tu, dorang sama-sama tengok gig Sex Pistols kat Machester. Kiranya performance Sex Pistols ni la yang bagi idea untuk dorang form kugiran Post-punk. Sepanjang 4 tahun bersama, dorang cuma dapat release 2 album je iaitu Unknown Pleasure tahun 1979 dan Closer tahun 1980. Time release album Closer tu, dorang ni dah kira famous jugak la. Dalam perancangan, dorang akan ada tour di Amerika untuk promotekan muzik dorang kat sana. Tapi sayang, sebelum terbang ke Amerika, Ian dijumpai mati oleh bini beliau tergantung di tali gantung di rumah mereka sendiri pada tanggal 18 Mei 1980. Lagu dorang yang paling famous ialah "Love Will Tear Us Apart". Kira lagu ni macam karya dorang yang paling agung la huhu. Ni cover album kugiran dorang...



Untuk yang nak tahu lebih lanjut pasal kehidupan Ian yang agak sedih ni, korang bolehlah cari movie yang aku sebutkan tadi. First, korang cari la movie "Control" yang release tahun 2007 (movie ni memang menceritakan pasal kehidupan Ian dari awal sampai akhir). Lagi satu korang boleh cari movie "24 Hour Party People" yang release tahun 2002 (movie ni pasal scene muzik Manchester-Joy Division salah satu kugiran dari scene muzik ni). Lagi satu, korang boleh cari buku pasal Ian, tajuknya "Touching From A Distance: Ian Curtis & Joy Division". Buku ni adalah tulisan janda beliau iaitu Deborah. 




*Untuk pengetahuan korang, 2-2 movie ni aku ada. Nak tengok boleh cakap aku, kita boleh bincang pasal harga hehehehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...